KOTA BHARU: Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan rayuan permohonan penempatan 332 pegawai perubatan di seluruh negara dan perlu melapor diri pada 31 Julai ini.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata antara rayuan yang dipertimbangkan adalah kerana pegawai sedang mengikuti pengajian kepakaran dan menghadapi masalah keluarga yang serius.
"Rayuan ini diluluskan pada 27 Jun dan 24 Julai lepas setelah menerima sebanyak 1,843 rayuan daripada 4,155 pegawai perubatan yang telah ditawarkan ke jawatan tetap.
"Urusan penempatan pada kali ini dibuat menerusi sistem dan memerlukan pegawai memilih penempatan kerana jurang antara jumlah pegawai kontrak dan perjawatan tetap yang tinggi di beberapa negeri selain memberi peluang yang sama rata kepada pegawai untuk memilih penempatan," katanya pada sidang media khas di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata KKM telah menyediakan saluran untuk pegawai merayu menerusi e-mel, google form, rayuan bersemuka, malah tiga talian telefon yang khusus bagi membolehkan pegawai menghubungi Bahagian Sumber Manusia.
"Dalam urusan rayuan pula, Jawatankuasa Rayuan yang bersidang telah menimbang kesemua rayuan pegawai. Namun, tidak semua rayuan dapat diluluskan ekoran tiada kekosongan jawatan di negeri yang dimohon dan pertimbangan diberi kepada rayuan yang lebih memerlukan.
"Rayuan yang dipertimbangkan juga menyebabkan pegawai perlu ditawarkan ke mana-mana negeri di Semenanjung yang berdekatan (kebanyakannya bukan mengikut rayuan) seperti Johor, Pahang dan Kedah berikutan tiada kekosongan jawatan di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka," katanya.
Beliau berkata pegawai hanya perlu melapor diri bertugas pada tarikh ditetapkan tanpa perlu membawa surat penempatan kerana fasiliti telah mempunyai rekod pegawai yang akan melapor diri.
"Namun, sekiranya pegawai mohon melapor diri dilewatkan daripada tarikh kuat kuasa, pegawai boleh memohon kepada Ketua Jabatan terlebih dahulu dan tarikh itu akan menjadi tarikh kuat kuasa baharu pegawai melapor diri bertugas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2023
Dr Zaliha Mustafa berkata antara rayuan yang dipertimbangkan adalah kerana pegawai sedang mengikuti pengajian kepakaran dan menghadapi masalah keluarga yang serius. - Gambar fail
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus - KKM
Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
987 bayi didiagnosis masalah pendengaran pada 2023 - Dr Dzulkefly
Sebanyak 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran.
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan - Dr Dzulkefly
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah
KKM akan membuat pengumuman termasuk mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas melanda beberapa negeri.
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.